Thursday, March 25, 2010

seredup kasihmu!




Ku renung dan fahami maksud tersirat ayat terakhir surah al-baqarah…aku mengulangi ayat 286 sebanyak yang mungkin dan terasa ada sesuatu yang begitu menusuk kalbu..menjentik hatiku dan memaksa mataku menitiskan air mata…tanpa henti..



“Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya.,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”



Mafhumnya…ALLAH akan menguji setiap hambanya berdasarkan kemampuan seseorang itu dan bersandarkan tahap keimanannya .Dan yang pasti para nabi dan rasul suatu ketika dahulu lebih dahsyat dan teruji berbanding umat manusia yang lain…ya ALLAH..ya RABB..sungguh hebat cubaan yang kau timpakan ke atasku….hmmm….lantas diri ini di tahap mana ya ALLAH??IBTILA’ULLAH yang terpaksa aku hadapi..sedikit sebnyak mengajar kpda diri ini..bahawa..tahap imanku masih lemah…aku xberdaya menerima keputusan imtihan SPM09..namun..syukur ke hadrat ILLAHI…kerana menyedarkan aku ikhtibar yang diterima ini walaupun agak berat namun ke percaya bahawa ALLAH itu MAHA KAYA..dan rasa syukur dan insaf bertalu-talu menyelinap di jiwa ini…terasa begitu kerdil diri ini…ku lihat ramai rakan2ku yang lagi hebat menerima cubaan dan dugaan..sedangkan aku…???di duga dengan sebegini rupa..dengan keputusan yg *ok*..aku tidak berupaya untuk menerimanya?astaghfirullah…Daripada ini aku sedar aku harus mengtopupkan amalan2ku..dan lebih tawadduk dan istiqamah dalam melakukan ibadah..
Jadi..wahai shabt2ku..untuk memantapkan keimanan dan keyakinan kita kepada ALLAH banyakkanlah berzikir dengan hati dan lisan yakni kita mendidik diri secara tarbiah ruhiyyah…Maksudnya..apa-apa sahaja yang kita terima mestilah redha pada ALLAH.Jadikan sirah para sahabat,para nabi,para salasusolleh dan para wali ALLAH sebagai panduan dengan cara merenung sejarah perjuangan mereka yang sudah tentunya lebih hebat dan besar daripada kita.
Perjalanan hidup masih jauh..jadi usahalah tnpa jemu….
Kita sering nampak kejayaan pada diri orang lain sehingga terlupa kejayaan yang pernah Allah bagi pada diri kita.Kita kena menghargai setiap kurnia dan ketetapan daripadaNYA.Sememangnya ada hikmah perlu digali..diselidik..direnungi..Pengalaman sepatutnya menjadikan kita lebih berani melangkah bukan menyerah...

2 Comments:

Blogger :: Zahratu Billaurah :: said...

sedih rasa b2...b2 sgt faham perasaan syerah..:((

kesakitan adalah ujian, kesihatan juga adalah ujian...kemiskinan adalah ujian, kekayaan juga adalah ujian...kegagalan adalah ujian dan kejayaan juga adalah ujian...

Syerah jgn sedih...kalau Syerah nak menangis...Syerah menangislah..dan kemudian bangkit kembali wahai sahabatku...

Syerah hayati surah Yusuf, ayat 87...sifat putus asa selayaknya hanya utk org kafir....

jgn pernah putus asa, terus melangkah walaupun byk kali kita rebah...kita lihat org di atas utk berusaha jadi sepertinya...dan kita lihat org di bawah utk kita tambah rasa bersyukur kita dgn segala kurniaan-Nya....

b2 sayang ngat Syerah...
Syerah walaupun luar suka wat klako...
b2 tau mende Syerah rasa dkt dlm...
jetaime...

April 6, 2010 at 12:59 PM

 
Blogger nur syahirah said...

syukran ya b2 coz motivate syerah...
thanx a lot
really appreciate it!
dri dlu sjk knl b2..(wlaupon sthon je)hik3x
xpnh ptus2 bg smgt k syerah!
:(
syg b2 jga..
ukhwah fillah abadan abadaa

April 6, 2010 at 1:50 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home